Dapur Devina
Dapur Devina

Dapur Devina

Dapur Devina ialah rancangan masakan yang dipersembahkan oleh jurutama masak, penulis dan instruktur memasak asal dari Indonesia, Devina Hermawan, lebih dikenali sebagai Chef Devina.[1][2][3][4]Episod pertama Dapur Devina telah disiarkan pada 12 Mac 2022, dan seterusnya akan disiarkan pada pukul 10.30 WIB setiap Sabtu di Televisi Republik Indonesia (TVRI) yang merupakan rangkaian televisyen awam nasional dan rangkaian televisyen tertua di Indonesia.[5][6] Dapur Devina akan menyajikan pelbagai menu dan resepi dari pelbagai kawasan di Indonesia. Dapur Devina ialah program masakan pertama Chef Devina di televisyen. Kini, Chef Devina telah menyelesaikan penggambaran sebanyak 30 episod untuk Musim 1.[7][8]

Dapur Devina

Bahasa Indonesia
Negara asal Indonesia
Syarikat pengedaran TVRI
Format gambar 1080p
Pemasangan kamera Berbilang
Format audio Stereo
Syarikat penerbitan TVRI
Pengacara Devina Hermawan
Julung kali ditayangkan di Indonesia
Tempoh siaran 24-28 minit
Lokasi Bandung, Indonesia
Siaran asal 12 Mac 2022 (12 Mac 2022) – sekarang (sekarang)
Bilangan episod 6
Genre Rancangan masakan
Televisyen pendidikan
Hiburan pendidikan
Bilangan musim 1
Saluran asal TVRI